fbpx

Ziarah Santuni Saudara Muslim Asnaf Mualaf

KDMRS Muslim

Ziarah Santuni Saudara Muslim Asnaf Mualaf

4 4 people viewed this event.

18 Jun 2024 | Kg Ruhiang, Tamparuli

Bersempena dengan pelaksanaan ibadah korban, rombongan KDMRS Muslim yang diketuai oleh Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim telah mengambil inisiatif untuk menziarah sebuah keluarga asnaf mualaf di Kg Ruhiang, Tamparuli.

Ketua keluarga asnaf berkenaan juga mengalami kesukaran untuk bergerak disebabkan angin ahmar. Anak-anak terpaksa memikul ayah mereka untuk bergerak ke mana-mana. Ayuh sama-sama kita doakan agar urusan mereka sekeluarga dipermudahkan.

Dalam kesempatan yang sama, pihak KDMRS telah menyerahkan daging korban kepada keluarga berkenaan. Turut hadir bersama ialah Puan Laura Firanty Elun, Ahli Jawatankuasa KDMRS Muslim kawasan Tamparuli dan Encik Hatimuddin, Pegawai Projek, KDMRS Muslim.

Doakan agar KDMRS Muslim dapat terus menyantuni mereka yang memerlukan.

#KDMRSMuslim

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

18/06/2024 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Kampung Ruhiang, Tamparuli
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends