fbpx

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Tuaran

KDMRS Muslim

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Tuaran

13 13 people viewed this event.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim di Kg. Panjut, Tuaran telah berjalan dengan lancar. Program ini disempurnakan oleh wakil KDMRS Muslim yang telah dilantik, dibantu oleh penduduk kampung yang turut prihatin dengan penyelenggaraan ibadah qurban ini. Dalam majlis yang penuh keberkatan, terdapat sumbangan 2 ekor kambing yang turut disertakan.

Daging qurban yang diperoleh melalui proses pemotongan dan pelapahan akan diagihkan dengan rapi kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Jutaan terima kasih kami haturkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada KDMRS Muslim untuk menguruskan ibadah qurban ini. Semoga amalan qurban yang dilaksanakan ini menjadi sebab bagi kita untuk mendapatkan keberkatan dan keampunan dari Allah SWT. Aaamin.

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

01/07/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Panjut, Tuaran
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends