fbpx

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐠 𝐓𝐨𝐠𝐮𝐝𝐨𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚

Masjid Al Falah Kg Togudon Lama, YADIM, JHEAINS, Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

𝐊𝐮𝐫𝐬𝐮𝐬 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐌𝐚𝐬𝐣𝐢𝐝 𝐀𝐥 𝐅𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐊𝐠 𝐓𝐨𝐠𝐮𝐝𝐨𝐧 𝐋𝐚𝐦𝐚

24 24 people viewed this event.

Dengan rasa syukur, program pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Masjid Al Falah Kg Togudon Lama, dengan kerjasama JHEAINS Ranau, KDMRS Muslim Ranau, HCBT Ranau, dan Yadim Ranau, telah berlangsung dengan berjaya. Pegawai Eksekutif Outreach Ranau sekali lagi diberikan kepercayaan untuk memimpin sesi ceramah khas dan mengendalikan sesi kursus khusus bagi peserta wanita.

Program ini berlangsung di Masjid Al Falah, Kampung Tagudon Lama, dengan anggaran peserta sebanyak 70 orang, yang terdiri dari warga kampung Tagudon Lama dan juga dari kampung-kampung sekitar. Program bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengah hari.

Turut hadir dalam program ini adalah Tuan Suhaimi Manjun yang mewakili DSP Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah, untuk merasmikan program. Kehadiran PTA JHEAINS Ranau dan PPMD Ranau juga turut dihargai.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua peserta. Terima kasih juga kepada para penyumbang, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

11/11/2023 @ 08:30 AM to
11/11/2023 @ 12:00 PM
 

Lokasi

Masjid Al Falah, Kampung Tagudon Lama
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends