Alhamdulillah, rombongan KDMRS Muslim yang diketuai oleh Puan Nur Alya Humaira Usun, Pegawai Khas merangkap Ketua Jabatan Hubungan Strategik, KDMRS Muslim telah mengadakan kunjungan hormat ke Bank Rakyat, cawangan Kota Kinabalu.
Rombongan ini telah disambut mesra oleh Tuan Suhaimi Jainulah, Pengurus Cawangan, Bank Rakyat, Kota Kinabalu.
Tujuan kunjungan hormat ini diadakan adalah bagi menjalinkan hubungan strategik dan seterusnya mencari peluang kolaborasi diantara kedua belah pihak.
Mohon doa semua agar program yang direncana akan berjalan dengan lancar.
#KDMRSMuslim