fbpx

Kunjungan Hormat Ke Masjid Al-Hilmiyah, Rukom Laut, Pitas

Regional Developement Community (RDC), KDMRS Muslim

Kunjungan Hormat Ke Masjid Al-Hilmiyah, Rukom Laut, Pitas

48 48 people viewed this event.

Alhamdulillah Team Teknikal KDMRS bersama Regional Deveploment Community (RDC) dan Pegawai Outreach Pitas, telah melawat Masjid Kg Rukom Laut, Pitas.

Masjid yang terletak di Kampung Rukom Laut berperanan sebagai tempat solat Jumaat untuk penduduk Muslim di kawasan tersebut. Kampung ini mempunyai 78 buah rumah dengan jumlah penduduk seramai 350 orang, dan 90% daripadanya adalah penganut agama Islam.

Masjid ini saat ini menghadapi cabaran, di mana keadaannya kelihatan uzur dan mengalami pelbagai kerosakan. Oleh itu, usaha baik pulih dan penambahbaikan kemudahan masjid menjadi sangat penting bagi mengekalkan fungsi masjid sebagai pusat ibadah dan perhimpunan komuniti.

Selain itu, terdapat juga permasalahan berkaitan bekalan air di Kampung Rukom Laut. Penduduk kampung ini bergantung kepada tasik, mata air, dan air hujan sebagai sumber air utama. Keperluan untuk membeli air sering menjadi cabaran. Oleh itu, pembinaan bekalan air graviti dari sungai mungkin dapat menjadi satu solusi bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan air bersih di kampung ini.

Semoga usaha untuk menjayakan baik pulih masjid dan menyelesaikan isu bekalan air dapat dilaksanakan dengan lancar, dan penduduk Kampung Rukom Laut dapat menikmati kemudahan serta keselesaan yang lebih baik. Semua urusan ini kita harapkan akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

17/08/2023 @ 12:00 AM to
17/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Masjid Al-Hilmiyah, Rukom Laut, Pitas
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends