Alhamdulillah, pada Kali ini, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) yang dijalankan di Kg. Kiapad, Inanam, menampilkan sedikit kelainan dengan mengundang Ust. Akmal Hakim sebagai penceramah. Ust. Akmal Hakim adalah seorang Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Pusat Pengajian Islam Sri An-Nur Kepayan.
Sesi perkongsian dari Ust. Akmal Hakim telah memberikan pencerahan kepada para pelajar KHM. Setelah sesi perkongsian, turut diadakan kuiz untuk membantu para pelajar dalam mengulang kaji pelajaran sebelumnya.
Semoga para pelajar KHM terus cemerlang dalam usaha meningkatkan ilmu dan amal mereka. Aamiin.