fbpx

Sumbangan Barangan Elektrik Surau Kg Gunsapou

Ustazah Masni Yusin, KDMRS Muslim

Sumbangan Barangan Elektrik Surau Kg Gunsapou

57 57 people viewed this event.

Alhamdulillah, PEO KDMRS Muslim cawangan Ranau telah memberikan sumbangan berupa barangan elektrik kepada Surau Kg Gunsapou Ranau. Dengan sumbangan ini, keadaan di surau Kg Gunsapou kembali bercahaya. Semoga sumbangan ini dapat memotivasikan jemaah kampung agar sentiasa mengimarahkan surau walaupun dalam keadaan kekurangan.

Misi ini telah dilaksanakan bersama Jheains Ranau dan YADIM Ranau. Terima kasih diucapkan kepada Jheains Ranau kerana sentiasa menyokong usaha KDMRS Muslim Ranau dalam membantu dan menyantuni masyarakat Ranau, khususnya mereka yang berada jauh di pedalaman Ranau.

Juga, terima kasih kepada semua penyumbang. Semoga Allah SWT membalas semua kebaikan dan sentiasa melimpahkan rezeki yang berkat kepada semua yang terlibat.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

13/05/2023 12:00 AM to
11:30 PM
 

Event Types

 

Event Category

Share With Friends