Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, bersama dengan rombongan yang turut terdiri dari Pn. Alya, Pegawai Khas merangkap Ketua Jabatan Hubungan Strategik, Ust. Zulfiqar, Pegawai Eksekutif Dana, Ust. Asri, Pegawai Eksekutif Dana, dan Ustazah Farihah, Pegawai Eksekutif Program, telah menghadiri kunjungan hormat ke pejabat Bahagian Wakaf & Baitulmal, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).
Semoga kesepakatan yang dicapai melalui pertemuan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberikan manfaat yang besar. Aamiin.