𝐏𝐄𝐆𝐀𝐖𝐀𝐈 𝐎𝐔𝐓𝐑𝐄𝐀𝐂𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐊𝐈𝐍𝐀𝐁𝐀𝐋𝐔 & 𝐓𝐈𝐌 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐔𝐑𝐔𝐒𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐇𝐀𝐋𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐔𝐌𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐖𝐀
55
55 people viewed this event.
Ustazah Fariha, Pegawai Outreach Kota Kinabalu (POKK), telah menerima panggilan kecemasan daripada salah seorang Ahli Jawatankuasa Tertinggi KDMRS Muslim negeri Perlis untuk memberikan bantuan kepada mualaf yang telah dihalau dari rumah sewa. Dalam misi ini, turut serta sebahagian tim Pengurusan KDMRS Muslim yang terdiri daripada Nur Alya Humaira, Ustazah NorFarihah, Ustaz Abdul Rahim Nasir, Nazatul Nasyrah, Muhammad Irfan, dan beberapa sukarelawan lain yang berada di Kota Kinabalu dan sekitarnya untuk memberikan sokongan kepada mualaf dan anak-anak tersebut.
KDMRS Muslim mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan sokongan yang diberikan oleh semua pihak. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.