fbpx

Kunjungan Hormat Ke Rumah Asnaf Di Kg. Silamandut, Kota Marudu

KDMRS Muslim

Kunjungan Hormat Ke Rumah Asnaf Di Kg. Silamandut, Kota Marudu

15 15 people viewed this event.

Alhamdulillah, Team Teknikal KDMRS telah menjalankan kunjungan ke rumah seorang asnaf di Kampung Silamandut, Kota Marudu. Semasa kunjungan, keadaan rumah asnaf tersebut nampak uzur, terutama pada bahagian dinding dan atap yang memerlukan tindakan segera. Struktur asas rumah masih dalam keadaan baik.

Kehadiran team teknikal ini adalah untuk menilai keperluan pembaikan dan penambahbaikan rumah asnaf tersebut. Adalah menjadi keprihatinan kami untuk memastikan rumah asnaf ini dapat diperbaiki dengan sebaik-baiknya, terutama sebelum terjadi masalah yang lebih serius, seperti kebocoran air hujan masuk ke dalam rumah.

Semoga dengan usaha dan bantuan yang diberikan, keluarga asnaf ini dapat diberi kelegaan dan dipermudahkan dalam membaiki rumah mereka. Segala usaha ini dilakukan dengan harapan dapat membawa kesejahteraan kepada asnaf dan keluarga mereka. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha ini, dan semoga Allah SWT memberkati usaha kita.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

17/08/2023 @ 12:00 AM to
17/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Silamandut, Kota Marudu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends