fbpx

𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢

KDMRS Muslim

𝐅𝐞𝐬𝐭𝐢𝐯𝐚𝐥 𝐓𝐚𝐝𝐚𝐮 𝐊𝐚𝐚𝐦𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢

52 52 people viewed this event.

Alhamdulillah, Festival Kesenian dan Kebudayaan Tadau Kaamatan Harmoni 2023 telah berlangsung dengan jaya di Dewan Masyarakat, Kompleks Sukan Keningau. Program ini bertujuan untuk memartabatkan keunikan seni dan budaya masyarakat di Sabah, serta sebagai platform untuk memupuk sifat hormat-menghormati dan saling menerima kepelbagaian budaya.

Keunikan festival ini tampak dalam partisipasi tetamu dari berbagai peringkat umur, yang tampil mengenakan busana tradisional lengkap dengan aksesori bermotif etnik. Sejumlah aktiviti menarik telah dijalankan, termasuk pertandingan mewarna kanak-kanak dan cabutan bertuah yang disokong oleh Bank Islam Malaysia Berhad cawangan Keningau, pertandingan nasyid, deklamasi puisi oleh Cikgu Ramlee JJ, persembahan muzik tradisi oleh Kentamboo, dan persembahan nasyid khas oleh B. One Team.

Program ini turut menyajikan peragaan pakaian etnik mewakili daerah-daerah pedalaman Sabah, sementara gerai pameran daripada pelbagai pihak seperti Hidayah Centre Foundation Sabah, Bank Islam cawangan Keningau, Klinik Pergigian Keningau, Eye10 Optical Care Services, Pusat Kraftangan Sabah, Tabung Haji cawangan daerah Keningau, dan YADIM Negeri Sabah.

Sebagai satu lagi sorotan istimewa, Forum Budaya dengan tema ‘Ke Arah Melestarikan & Membudayakan Tadau Kaamatan Harmoni’ telah disiarkan, menampilkan panelis terkemuka dan dipengerusikan oleh Ust. Jabilin bin Mail, Guru Agama di SK Meninipir, Keningau. Semoga melalui penganjuran festival ini, keunikan budaya dan tradisi setiap etnik di Sabah dapat terus terpelihara dan dihargai oleh generasi muda. #TadauKaamatan #HarmoniBudayaSabah

Video: https://www.facebook.com/watch/?v=910708100026917&extid=WA-UNK-UNK-UNK-IOS_GK0T-GK1C&mibextid=SDPelY&ref=sharing

 

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

03/06/2023 @ 12:00 AM to
04/06/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kompleks Sukan, Keningau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends