TADAU KAAMATAN HARMONI PERINGKAT NEGERI SABAH 2022
TADAU KAAMATAN HARMONI PERINGKAT NEGERI
18 Jun 2022 – Sambutan Tadau Kaamatan Harmoni Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung di Pentas Budaya, Pekan Kundasang. Pelbagai aktiviti menarik dilaksanakan sepanjang penganjuran program in seperti pertandingan fesyen etnik kanak-kanak, gerai pameran daripada pelbagai agensi serta pertandingan memasak makanan tradisional, perarakan kontinjen yang menampilkan wakil daripada serata kawasan di Negeri Sabah.
Turut hadir dalam sambutan ini ialah Ustazah Zatullifah daripada JHEAINS Ranau, IR. DR. Muhammad Fuad Yeoh bin Abdullah, pengerusi Hidayah Centre Foundation serta barisan lembaga pengarah, Ustaz Ramlee Daud, penolong pengarah YADIM Negeri Sabah , En. Johari Burning, presiden Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT), En Jaafar Mahmud, setiausaha Majlis NGO Sabah (CONCERN).
Semoga penganjuran program ini mampu mengetengahkan nilai tradisi tanpa mengabaikan nilai syariat dan seterusnya merancakkan lagi jalinan kerjasama diantara pihak-pihak yang terlibat.