fbpx

RAYA KAAMATAN TELIPOK

Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

RAYA KAAMATAN TELIPOK

20 20 people viewed this event.

30 – 31 Mei 2024 | Kg. Kebayau Tamalang, Telipok

Raya Kaamatan di Kg. Kebayau telah menerima sambutan yang baik dari masyarakat setempat. Hampir 300 orang masyarakat yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama yang menetap di Kg. Kebayau Tamalang dan juga sekitarnya telah memeriahkan Majlis Raya Kaamatan anjuran bersama JPKK KG. Kebayau Tamalang, KDMRS Muslim dan Hidayah Centre Foundation.

Acara ini berlangsung selama dua hari. Pelbagai acara sukan rakyat diadakan pada hari pertama. Manakala hari kedua telah diadakan acara pentas dan cabutan pengunjung bertuah.

Penduduk kampung juga menyediakan lebih 40 jenis jamuan percuma kepada pengunjung.

Selain itu, 57 kampit sumbangan beras telah disampaikan kepada Encik Saribin Siun, Ketua Kampung Kg. Kebayau Tamalang untuk diagihkan kepada asnaf.

Majlis telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nicholas Sylvester, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim.

Alhamdulillah majlis telah berjalan dengan lancar dan meriah.

#KDMRSMuslim #TadauKaamatanHarmoni #kebayau #tkh2024 #keharmonian #Kesejahteraan #persahabatan

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

30/05/2024 @ 12:00 AM to
31/05/2024 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Kebayau Tamalang, Telipok
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends