𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 – Surah Al-Baqarah ayat 160-163.
Alhamdulillah, pada sesi tadabbur hari ini, warga KDMRS Muslim mengupas tafsiran ayat 160-163 dari surah Al-Baqarah. Sesi ini bertujuan untuk mendalamkan pemahaman terhadap ayat-ayat tersebut. Semoga ilmu yang diperoleh dapat menjadi panduan dan membawa keberkatan dalam kehidupan sehari-hari.
Kecuali mereka yang telah taubat dan mengadakan perbaikan dan menerangkan (kebenaran), maka terhadap mereka itulah Aku menerima taubatnya dan Akulah Yang Maha Menerima taubat lagi Maha Penyayang. (Al-Baqarah [2:160])
Sesungguhnya orang-orang kafir dan mereka mati dalam keadaan kafir, mereka itu mendapat laknat Allah, para Malaikat dan manusia seluruhnya. (Al-Baqarah [2:161])
Mereka kekal di dalam laknat itu; tidak akan diringankan siksa dari mereka dan tidak (pula) mereka diberi tangguh. (Al-Baqarah [2:162])
Dan Tuhanmu adalah Tuhan Yang Maha Esa; tidak ada Tuhan melainkan Dia Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. (Al-Baqarah [2:163])
Semoga melalui sesi tadabbur ini, para kakitangan KDMRS Muslim akan dapat memahami dan menghayati kandungan Al-Quran dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.
Terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.