fbpx

𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 – Al-Baqarah ayat 164-165

KDMRS Muslim

𝐓𝐀𝐃𝐀𝐁𝐁𝐔𝐑 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 – Al-Baqarah ayat 164-165

10 10 people viewed this event.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia-Nya, sesi tadabbur hari ini di kalangan warga KDMRS Muslim telah berlangsung dengan mengupas surah Al-Baqarah ayat 164-165. Semoga amalan tadabbur ini membawa manfaat dan pemahaman yang lebih mendalam terhadap ajaran suci Al-Quran.

Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi; dan (pada) pertukaran malam dan siang; dan (pada) kapal-kapal yang belayar di laut dengan membawa benda-benda yang bermanfaat kepada manusia; demikian juga (pada) air hujan yang Allah turunkan dari langit lalu Allah hidupkan dengannya tumbuh-tumbuhan di bumi sesudah matinya, serta Ia biakkan padanya dari berbagai-bagai jenis binatang; demikian juga (pada) peredaran angin dan awan yang tunduk (kepada kuasa Allah) terapung-apung di antara langit dengan bumi; sesungguhnya (pada semuanya itu) ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan Allah kekuasaanNya, kebijaksanaanNya, dan keluasan rahmatNya) bagi kaum yang (mahu) menggunakan akal fikiran. (Al-Baqarah [2:164])

(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain dari Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah. Dan kalaulah orang-orang yang melakukan kezaliman (syirik) itu mengetahui ketika mereka melihat azab pada hari akhirat kelak, bahawa sesungguhnya kekuatan dan kekuasaan itu semuanya tertentu bagi Allah, dan bahawa sesungguhnya Allah Maha berat azab seksaNya, (nescaya mereka tidak melakukan kezaliman itu). (Al-Baqarah [2:165])

Semoga melalui sesi tadabbur ini, para kakitangan KDMRS Muslim akan dapat memahami dan menghayati kandungan Al-Quran dan seterusnya mengaplikasikannya dalam kehidupan harian.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

21/06/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Online Event
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends