fbpx

QURBAN PENDALAMAN SABAH – Kg Maliou

Ustaz Syukri Jean

QURBAN PENDALAMAN SABAH – Kg Maliou

8 8 people viewed this event.

QURBAN PENDALAMAN SABAH
TAHUN 2022
KAWASAN: PITAS
TARIKH:12.07.2022
JAM: 02:00 PETANG
TEMPAT: SURAU AT-TAQWA KG MALIOU PUSAT, PITAS. SABAH.

Alhamdulillah, Syukur ke hadirat Ilahi Allah SWT pada 01.07.2022 saya mula posting kawasan Pitas sebagai Pegawai Dakwah.

Alhamdulillah, inilah program pertama yang saya laksanakan Qurban Pendalaman Sabah 2022.
Penduduk Muslim Mualaf Kg Maliou Pusat ini sangat teruja sekali kerana ini baru kali kedua surau mereka dapat mengadakan Qurban sejak dari tahun 2018. Dan pada tahun ini pula KDMRS MUSLIM memilih tempat ini untuk program Qurban.

Ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga mereka utarakan kerana tidak menyangka akan adanya Program Qurban.

Terakhir sekali, mereka sangat mengharapan akan adanya susulan pada masa-masa mendatang ini untuk apa-apa sahaja program dari KDMRS MUSLIM.

 

 

Date And Time

12/07/2022 @ 12:00 AM to
12/07/2022 @ 11:30 PM
 

Event Types

 

Event Category

Share With Friends