fbpx

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Kinabatangan

KDMRS Muslim

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Kinabatangan

22 22 people viewed this event.

Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah, telah berlangsung program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim di Kg. Nusa Jaya, Kinabatangan. Program ini disempurnakan dengan penuh keikhlasan oleh wakil KDMRS Muslim yang telah dipilih dan dibantu oleh penduduk kampung yang turut menyertai serta memberikan sokongan sepenuh hati.

Daging qurban yang telah diperoleh melalui proses pemotongan dan pelapahan ini akan diagihkan dengan penuh rasa kepedulian kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang yang telah mempercayakan KDMRS Muslim untuk melaksanakan ibadah qurban ini. Semoga amalan qurban ini diterima oleh Allah SWT dan menjadi asbab untuk mendekatkan kita kepada syurga-Nya. Aaamin.

“Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).”
(Al-Kauthar:2)”

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

30/06/2023 @ 12:00 AM to
30/06/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Nusa Jaya, Kinabatangan
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends