Mesyuarat Jabatan Hubungan Strategik (JHS) KDMRS Muslim telah berlangsung dengan kehadiran sebahagian warga JHS. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengemaskini gerak kerja, perbincangan, dan perancangan ke hadapan.
Ketua Jabatan menyampaikan pesanan penting, “Orang mukmin itu, apabila melakukan pekerjaan (amanah), akan melaksanakan dengan bersungguh-sungguh.” Pesanan ini menjadi panduan bagi semua anggota untuk menjalankan tugas dan amanah dengan penuh tanggungjawab.
KDMRS Muslim mengucapkan terima kasih atas sumbangan dan sokongan dari semua pihak yang terlibat. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.