KURSUS RUQYAH KLINIKAL
21 Julai 2022 – Sedang berlangsung Kursus Ruqyah Klinikal anjuran KDMRS Muslim yang bertempat di Pusat Islam UMS. Kursus ini turut dihadiri oleh rakan strategik daripada Hidayah Centre Foundation Sabah serta Pusat Islam Universiti Malaysia Sabah .
Kursus ini dikendalikan oleh Dr. Haji Mohammad Hussaini bin Razali, pengasas Ruqyah Klinikal, pengerusi Persatuan Perubatan Ruqyah Hijrah Malaysia, Exco Gabungan Perawat Muslim Malaysia (GPMM) serta mantan doktor perubatan.
Melalui kursus ini, para peserta mempelajari kaitan serta perbezaan di antara penyakit medikal dan penyakit akibat gangguan makhluk halus serta kaedah untuk menanganinya.
22 Julai 2022 – Alhamdulillah, pada hari kedua Kursus Ruqyah Klinikal dijalankan, para peserta mempelajari dengan lebih mendalam mengenai kaedah rawatan ruqyah dan seterusnya melakukan latihan amali selari dengan apa yang telah dipelajari.
Diharapkan agar pengetahuan yang diperolehi menerusi kursus ini, akan memberi manfaat bukan sahaja kepada peserta tetapi juga kepada insan sekeliling yang memerlukan bantuan sedemikian.