fbpx

𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌

KDMRS Muslim

𝐌𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐀𝐌𝐀𝐋 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌

10 10 people viewed this event.

Alhamdulillah, Majlis Makan Amal KDMRS Muslim di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu, berlangsung dengan penuh kejayaan. Majlis amal ini diadakan sebagai usaha untuk mengumpulkan dana bagi menyokong gerak kerja outreach dan kebajikan yang dilaksanakan oleh KDMRS Muslim di kawasan pedalaman Sabah.

Majlis makan malam tersebut diberi warna dengan penampilan khas Dr. Shabir Ally, pengasas Let the Quran Speak dan presiden Islamic Information & Dawah Centre International. Melalui perkongsian beliau, Dr. Shabir Ally menitipkan pesan untuk mengamalkan sekecil-kecil sunnah dalam kehidupan harian. Penyanyi Sahrol Suhod dan Leia Az-Zahra turut diundang untuk menghiburkan tetamu. Persembahan kebudayaan orkestra bambu oleh Suara Buluh Perindu turut memeriahkan majlis.

Tuan Ramlan bin Awang Ali, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS), merasmikan majlis makan malam tersebut mewakili YBhg. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya bin Hj. Hussin, Yang Dipertua MUIS. Turut hadir YBhg. SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz B. Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, YBhg. Datuk Ustaz Abdul Manap bin Lakariba, Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim, YBhg. Datuk Dr. Mingu, Pengerusi Gabungan Dakwah Malaysia Negeri Sabah, serta Prof. Dr. Hj. Zainal Ariffin bin Mustapha, Yang Dipertua Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sabah (IKRAM Sabah).

KDMRS Muslim ingin menyampaikan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir, memberikan sokongan, dan menjayakan majlis makan malam amal ini. Terima kasih juga kepada Suara TV, rakan media yang setia membuat liputan di program-program anjuran KDMRS Muslim. Semoga usaha ini memberikan impak yang positif dalam memperkasakan gerak kerja outreach dan kebajikan di pedalaman Sabah. Insha Allah.

Video – video Persembahan:

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

05/06/2023 @ 12:00 AM to
05/06/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends