fbpx

Hubungan Strategik Dua Negara Diperkasakan

KDMRS Muslim

Hubungan Strategik Dua Negara Diperkasakan

1 1 people viewed this event.

30 Mei 2024 | Khamis | Pusat Dakwah Islamiah, Negara Brunei Darussalam

Kunjungan Hormat telah diadakan oleh Puan Nur Alya Humaira Usun Abdullah mewakili KDMRS Muslim kepada YM Hj Abd Rajid H Mohd Salleh, Pengarah PDI di Pusat Dakwah Islamiah, Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei Darussalam.

Turut dihadiri beberapa warga pengurusan tertinggi Pusat Dakwah Islamiah Yang hadir petang ini YM Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abd Rahman (Penolong Pengarah), YM Hajah Zunainah binti Haji Gunong (Pemangku Pegawai Ugama Kanan), YM Ruslan bin Haji Sulaiman (Pegawai Ugama Kanan), YM Alizan bin Haji Ramle (Ketua Bahagian Pentadbiran), YM Pg Jufri bin Pg Hj Hidop (Ketua Bahagian Pengembangan Da’wah) dan YM Dr Hjh Rohanita binti Haji Yaakub (Ketua Bahagian Pembangunan Muallaf).

Kunjungan Hormat ini diadakan bagi membina hubungan strategik diplomatik untuk dua negara berjiran khususnya kerjasama dalam pembangunan Outreach, asnaf dan kebajikan masyarakat antara dua negara iaitu Sabah, Malaysia dan Brunei Darussalam.

Perbincangan program kerjasama terdekat yang bakal diadakan turut menjadi agenda utama dalam pertemuan ini.

Semoga segala perancangan dan hubungan persahabatan dua negara ini diberkati dan dipermudahkan segala urusan.

#KDMRSMuslim

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

03/06/2024 @ 12:00 AM to
03/06/2024 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Pusat Dakwah Islamiah, Brunei Darussalam
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends