fbpx

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH
KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

KURSUS PEMANTAPAN AKIDAH

86 86 people viewed this event.

𝗞𝗨𝗥𝗦𝗨𝗦 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗡𝗧𝗔𝗣𝗔𝗡 𝗔𝗞𝗜𝗗𝗔𝗛

26 Februari – Kursus Pemantapan Akidah merupakan aktiviti yang wajib diadakan pada setiap tahun bagi mencapai objektif gerak kerja pendidikan KDMRS Muslim yang disasarkan kepada golongan saudara baru.

Menariknya kursus kali ini disampaikan oleh seorang pakar perbandingan agama dari Universiti Malaysia Sabah, Dr. Zaifuddin Md. Rasip. Penyampaian beliau menarik perhatian dan fokus peserta yang hadir seramai 50 orang termasuk di atas talian Zoom. Peserta yang hadir bukan hanya saudara baru tetapi muslim mukalaf juga turut berhasrat mengikuti kursus ini.

Kursus ini mendapat respon yang positif melalui soal-jawab peserta dan menerima permintaan tinggi supaya kursus ini diadakan berterusan.

Pihak KDMRS Muslim merakamkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang kerana sumbangan yang diberikan telah membantu melancarkan gerak kerja KDMRS Muslim dalam memberi pendidikan kepada masyarakat.

Turut hadir ke kursus ini ialah perwakilan dari JHEAINS Putatan, Hidayah Centre Foundation Sabah, MACMA Sabah, SAHABAT dan Masjid Assobirin Kg. Sipanggil.

____________

Terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

ANDA SUMBANG, KAMI SAMPAIKAN
PERTUBUHAN KADAZAN DUSUN MURUT MUSLIM SEMALAYSIA
1005 2010 1170 95
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD

Ikuti perkembangan kami menerusi:
https://linktr.ee/kdmrs_muslim

Disediakan oleh,
Farihah Izzati ,
Pegawai Eksekutif Outreach,
KDMRS Muslim cawangan Kota Kinabalu.

#KDRMSMuslim

To register for this event email your details to put3azzahra@gmail.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

26/02/2023 @ 08:00 AM to
26/02/2023 @ 12:30 PM
 

Lokasi

PEJABAT OPERASI KDMRS MUSLIM PUTATAN
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

 
 

Share With Friends