fbpx

SEMARAK KASIH KG.KOTUD BERSAMA 8 AGENSI DAN NGO

Ustaz Salleh Jatil

SEMARAK KASIH KG.KOTUD BERSAMA 8 AGENSI DAN NGO

120 120 people viewed this event.

PROGRAM SEMARAK KASIH KG.KOTUD BERSAMA 8 AGENSI DAN NGO
09 JUN 2022 | KHAMIS| KG.KOTUD KOTA MARUDU

Program Semarak Kasih di Kg.Kotud anjuran JHEAINS Kota Marudu dengan kerjasama 8 agensi iaitu HIDAYAH CENTRE KOTA MARUDU, KDMRS MUSLIM, NGO BANTU, NGO RAHMAH, USIA KOTA MARUDU, MASJID AT-TAQWA DAERAH KOTA MARUDU dan BELIA MASJID KG.TAIWAN berjalan dengan sebaiknya.

Program tersebut bertujuan bagi mengeratkan silaturahim dan menyantuni keluarga yang minoriti muslim dan yang bukan Islam.

Antara acara yang dilaksanakan ialah pertandingan sukaneka kanak-kanak, tarik tali kanak-kanak, perlawanan persahabatan bola tampar dan perlawanan persahabatan bola sepak antara wakil agensi dan penduduk kampung.
Majlis tersebut disempurnakan oleh Ustaz Rahmat Parasun PTA JHEAINS Kota Marudu seterusnya penyampaian bakul makanan daripada NGO BANTU kepada 150 orang ketua keluarga yang meliputi 3 buah kampung iaitu Kg.Kotud, Kg.Paka dan Kg.Pulutan.

Penduduk yang beragama Islam juga sangat memerlukan surau untuk menjadi pusat komuniti muslim dan pusat pengajian.

Semoga perancangan untuk mendirikan surau sebagai pusat ibadah dan pengajian di kampung ini dipermudahkan oleh Allah swt.
——————————————————————-
TERIMA KASIH ATAS SUMBANGAN DAN SOKONGAN YANG DIBERIKAN. SEMOGA ALLAH SWT MEMBALAS JASA KALIAN DENGAN SEBAIK-BAIK GANJARAN.
——————————————————————–

To register for this event email your details to admin@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

09/06/2022 @ 07:30 AM to
09/06/2022 @ 11:30 PM
 

Lokasi

KG.KOTUD KOTA MARUDU, Sabah
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends