fbpx

Majlis Hari Raya Aidilfiitri 1445H

Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

Majlis Hari Raya Aidilfiitri 1445H

7 7 people viewed this event.

01 Mei 2024 | Kota Kinabalu

Alhamdulillah, Majlis Hari Raya Aidilfitri 1445H telah berlangsung dengan meriah di Dewan Saadah, Wisma MUIS, Kota Kinabalu.

Majlis hari raya ini merupakan anjuran bersama Gabungan Dakwah Malaysia (GDM) Negeri Sabah, Hidayah Centre Foundation (HCF) Sabah, Malaysian Chinese Muslim Association (MACMA), Humanitarian Care Malaysia (MyCare), Pertubuhan IKRAM Malaysia kawasan Putatan (IKRAM Putatan), Pertubuhan Islam Mualaf Rungus Sabah (PIMRUS), Pertubuhan Kebajikan Saudara Kita (SAHABAT), Pertubuhan Amal Tarbiyatun Nisa’ (Tarbiyatun Nisa’), Persatuan Mualaf Muslimah Sabah.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran Tuan Jumain Abdul Ghani, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) serta Sahibus Samahah Datuk Ustaz Haji Bungsu @ Aziz bin Haji Jaafar.
Pelbagai acara telah berlangsung sepanjang majlis ini seperti penyerahan Terjemahan Al-Quran Dusun, Pameran Terjemahan Al-Quran Dusun, persembahan nasyid serta pelancaran Kempen Kenali Al-Quran dan Tabung MyCare.

Melalui majlis yang sama juga, para ketua agensi telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada tetamu cilik yang hadir. Istimewanya, sambutan majlis hari raya ini turut menyaksikan lafaz syahadah seorang saudara baru yang dipimpin oleh Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim.
Semoga penganjuran majlis hari raya ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak lagi program yang akan digarap bersama. Insha Allah.

#KDMRSMuslim

https://www.facebook.com/reel/382550444779290/?s=single_unit&__cft__[0]=AZWB6lDLOYw5Yb-XLMHTZLiGgPivMMGWpYyMhrhqlizVZoHE_DNpq7lP-2ZnVV-HqiVUDIhVq5juinnKpmFZ4SiXJojeqsvf8qeAxevMeoFCfEIsdAyc5hZz-fJrSiJeaHoOGuxWfS16pl3DsKzqCOBoQd1yWeYMTwa6xmm7wcGS0zyCjZrRjKJ5FlHNC2fjbxVGqJQgnkuWqAEnHi1RWbA6s32-3vWQ2-LDKAaGDnMU2g&__tn__=H-R

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

01/05/2024 @ 10:00 AM to
01/05/2024 @ 12:30 PM
 

Lokasi

Dewan Saadah, Wisma MUIS
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends