fbpx

LUNAR NEW YER CELEBRATION 2024

KDMRS Muslim

LUNAR NEW YER CELEBRATION 2024

7 7 people viewed this event.

Alhamdulillah, Lunar New Year Celebration 2024 telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Hilton, Kota Kinabalu.

Sambutan ini dianjurkan bagi meraikan keluarga dan sahabat berbangsa Cina sempena Tahun Baru Cina.

Majlis yang dihadiri 350 orang tetamu ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Kewangan Sabah dan diserikan lagi dengan kehadiran YBhg. Datuk Prof. Dr. Taufiq Yap Yun Hin (Presiden MACMA Malaysia).

Para tetamu turut dihiburkan dengan persembahan tarian singa oleh Persatuan Tarian Singa Subang’s Penampang. Selain itu, para tetamu VVIP turut melakukan ucapara Lou Sang. Ia merupakan simbolik kepada kesejahteraan dan harapan agar semua perkara yang dilakukan beroleh keuntungan.

Tidak ketinggalan, tetamu kanak-kanak turut diraikan menerusi agihan Ang Pow dan bertambah meriah dengan cabutan bertuah yang terbuka kepada semua hadirin.

Terima kasih diucapkan kepada semua tetamu jemputan yang telah menghadiri majlis ini.

Kehadiran kalian amat bermakna buat kami dan sangat dihargai. Semoga kita akan bertemu lagi dalam program-program yang akan datang.

#CNY2024
#KDMRSMuslim

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

16/02/2024 @ 05:00 PM to
16/02/2024 @ 10:00 PM
 

Lokasi

Hotel Hilton, Kota Kinabalu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends