fbpx

KEMPEN KEBERSIHAN MASJID DAN SURAU

Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

KEMPEN KEBERSIHAN MASJID DAN SURAU

21 21 people viewed this event.

Dengan penuh rasa syukur, kerjasama yang baik antara Pegawai Eksekutif Outreach Keningau, wakil pusat, dan rakan-rakan terlibat telah membawa kejayaan dalam melaksanakan program “KEMPEN KEBERSIHAN MASJID DAN SURAU” pada hari ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, termasuk penduduk kampung Sinua, para sukarelawan, rakan hidayah berbayar, Guru Tadika Yayasan Amal, dan semua Pegawai Eksekutif serta Pegawai Penceramah Daerah Nabawan.

Program kebersihan ini bukan sahaja berjaya menyucikan masjid dan surau, tetapi juga memberi kesedaran pentingnya menjaga kebersihan di tempat-tempat ibadah umat Islam. Semoga usaha ini dapat mengimarahkan suasana masjid dan surau, menjadikan mereka tempat yang bersih, suci, dan selesa untuk beribadah. Kebersihan adalah separuh daripada iman, dan semoga kesedaran ini terus diterapkan dalam kehidupan masyarakat kita. Ponsikou, peringkunangan kepada semua yang telah menyokong kempen ini.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

24/08/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Surau ar-Rahim, Kg.Sinua, Sook, Keningau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends