fbpx

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐋𝐔𝐌𝐀𝐃

Ustaz Marwan Jamisin, YADIM, JHEAINS, Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

𝐙𝐈𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐍𝐄𝐋𝐔𝐌𝐀𝐃

39 39 people viewed this event.

Alhamdulillah, pada hari ini, Pegawai Eksekutif Outreach Ranau, Ustaz Muhd Marwan, telah menjalankan aktiviti ziarah saudara baru di Kg Nelumad Ranau. Jarak dari pekan Ranau ke kampung ini adalah 44 kilometer.

Rombongan kali ini terdiri dari KDMRS Muslim Ranau, Jheains Ranau, Hidayah Centre Foundation Bundu Tuhan Ranau, dan Yadim Ranau. Ini adalah ziarah susulan setelah ziarah pertama yang dilakukan pada 19 Jun yang lalu. Syukur alhamdulillah, KDMRS Muslim Ranau telah memberikan 3 bakul makanan kepada saudara baru di kampung ini. Sementara itu, HCFBT memberikan sebuah senaskhah Al-Quran kepada ketua keluarga saudara baru.

Ziarah ini juga disertai oleh pegawai PPMD Ranau untuk memantau dan melihat tapak bagi pembinaan surau di kampung ini nanti. Semoga pembinaan surau ini berjaya dilaksanakan dan dipermudahkan urusannya oleh Allah SWT.

Hasil dari ziarah ini, PEO Ranau akan mengadakan Kelas Harmoni Mualaf di kampung ini seminggu sekali. Semoga dengan adanya kelas bimbingan ini, dapat membantu saudara baru untuk menambah ilmu pengetahuan dan menjadi Muslim yang taat kepada agamanya.

Doakan semoga usaha yang dilakukan ini berjalan dengan baik dan sentiasa diberkati oleh Yang Maha Esa. Terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

10/07/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg Nelumad, Ranau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends