fbpx

Kunjungan Hormat Ke Surau At-Taqwa Puncak Damai, Tambunan

Regional Developement Community (RDC), KDMRS Muslim

Kunjungan Hormat Ke Surau At-Taqwa Puncak Damai, Tambunan

15 15 people viewed this event.

Alhamdulillah, Team Teknikal KDMRS bersama Regional Development Community (RDC) telah singgah ke Surau At-Taqwa di Puncak Damai, Tambunan. Surau yang terletak di antara jalan Penampang-Tambunan ini memainkan peranan penting sebagai tempat persinggahan untuk melaksanakan solat. Selain itu, surau ini juga menjadi tempat pelaksanaan program keagamaan dan keramaian bagi komuniti Islam di sekitarnya.

Meskipun surau ini bermula sebagai bangunan kecil, namun dengan izin Allah dan infak dari orang ramai, surau ini telah diperbesar sedikit demi sedikit. Walaupun begitu, disedari bahawa terdapat keperluan untuk melakukan beberapa penambahbaikan agar memberikan keselesaan yang lebih kepada mereka yang solat dan mengikuti program-program di surau tersebut. Dengan usaha bersama, kami berharap agar penambahbaikan ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan memberi manfaat kepada jemaah serta komuniti sekitar. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha meningkatkan kemudahan keagamaan di Surau At-Taqwa Puncak Damai, Tambunan. Semoga usaha ini diberkati oleh Allah SWT.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

16/08/2023 @ 12:00 AM to
16/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Surau At-Taqwa Puncak Damai, Tambunan
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends