fbpx

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍

JHEAINS, KDMRS Muslim

𝐊𝐄𝐌𝐏𝐄𝐍 𝐊𝐄𝐁𝐄𝐑𝐒𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐑𝐀𝐔 𝐃𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐒𝐉𝐈𝐃 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐂𝐀𝐖𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐍𝐀𝐁𝐀𝐖𝐀𝐍

46 46 people viewed this event.

Pegawai Outreach KDMRS cawangan Nabawan, Nabawan, telah berganding bahu dengan penduduk Kampung Sarikan dalam menjalankan Kempen Kebersihan Masjid dan Surau. Program yang dimulakan seawal jam 8 pagi ini turut dihadiri oleh wakil dari JHEAINS, Nabawan, Imam Reachel, dan Pengerusi Surau Al-Hikmah Kg. Sarikan, Tuan Maurice.

Sebuah kempen yang begitu bermakna dan mendidik, di mana kesedaran akan kepentingan menjaga kebersihan dalam masjid dan surau diterapkan. Kehadiran Pegawai Outreach KDMRS dan wakil JHEAINS turut memberikan sokongan dan dorongan kepada masyarakat setempat. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para penyumbang yang turut serta membantu menjayakan program kempen bersih ini.

Semoga kebersihan dalam masjid dan surau dapat dikekalkan dan menjadi satu amalan yang berterusan dalam masyarakat setempat. Ucapan terima kasih juga disampaikan kepada penduduk Kampung Sarikan yang telah bersama-sama dalam menjayakan kempen bersih ini.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

20/08/2023 @ 12:00 AM to
20/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

surau al-hikmah kg. Sarikan Tuan Maurice
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends