fbpx

Kelas Harmoni Muallaf

Ustazah Amimi, KDMRS Muslim

Kelas Harmoni Muallaf

24 24 people viewed this event.

Alhamdulillah, dalam minggu berikutnya, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Surau Al-Falah, Kg. Linukaan, bersama Pegawai Eksekutif Outreach Kota Marudu, Ustazah Amimi, terus mendapat sambutan yang baik dari penduduk kampung.

Kehadiran pelajar meningkat menjadi seramai 16 orang, dengan pertambahan pelajar lelaki yang memberikan kegembiraan tersendiri. Alhamdulillah.

Pada minggu ini, perkembangan bacaan Iqra para pelajar semakin baik. Setiap sebutan huruf-huruf Hijaiyah dilafaz dengan lebih lancar, dan lidah yang dulunya “keras” kini semakin lembut mempelajari bacaan tersebut.

Selain itu, perkongsian mengenai erti wudhu’, rukun-rukun wudhu’, dan tatacara wudhu’ turut dipraktikkan bersama. Semoga pelajar-pelajar ini terus semangat untuk terus belajar dan mendalami ilmu agama. Kami memohon doa dari semua agar mereka terus diberikan kekuatan dan keberkatan dalam perjalanan pembelajaran mereka.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

25/07/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Surau Al-Falah, Kg. Linukaan, Kota Marudu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends