fbpx

𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗶𝗱𝗮𝗵

Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

𝗞𝘂𝗿𝘀𝘂𝘀 𝗣𝗲𝗺𝗮𝗻𝘁𝗮𝗽𝗮𝗻 𝗔𝗸𝗶𝗱𝗮𝗵

92 92 people viewed this event.

Dengan penuh rasa syukur, kursus pemantapan akidah yang dianjurkan oleh Hidayah Centre Bundu Tuhan, bekerjasama dengan KDMRS Muslim Ranau dan Yadim Ranau, telah berjaya diadakan di Masjid Nurul Iman, Kg Matupang Ranau.

Seramai 60 peserta yang terdiri dari kalangan saudara baru dan individu Islam asal telah menyertai kursus ini dengan antusias. Penyertaan dari warga kampung dan sekitarnya sangat memberangsangkan.

Alhamdulillah, dua orang penceramah dari Jheains Ranau telah memberikan ceramah yang bermutu. Majlis perasmian dan penutupan turut disempurnakan oleh PTA Jheains Ranau.

Semoga program ini memberikan manfaat kepada semua yang terlibat dan hadir dalam kursus ini. Kepada semua pihak yang sentiasa menyokong KDMRS Muslim, kami hulurkan ucapan terima kasih. Juga, terima kasih kepada para penyumbang, semoga Allah membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Date And Time

28/10/2023 12:00 AM to
28/10/2023 11:30 PM
 

Event Types

 

Event Category

Share With Friends