fbpx

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐊𝐠 𝐊𝐚𝐫𝐚𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐚𝐮

YADIM, JHEAINS, Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

𝐏𝐫𝐨𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐏𝐞𝐧𝐠𝐮𝐫𝐮𝐬𝐚𝐧 𝐉𝐞𝐧𝐚𝐳𝐚𝐡 𝐊𝐠 𝐊𝐚𝐫𝐚𝐠𝐚𝐬𝐚𝐧 𝐑𝐚𝐧𝐚𝐮

14 14 people viewed this event.

Dengan rasa syukur yang mendalam, Pegawai Eksekutif Outreach (PEO) Ranau turut serta dalam menjayakan program pengurusan jenazah yang dianjurkan oleh Jheians Ranau, dengan kerjasama erat bersama KDMRS Muslim Ranau, HCBT, dan Yadim Ranau. Program ini berlangsung di Surau Al Iqhwan Kg Karagasan, Ranau.

Kg Karagasan, sebuah kampung yang terletak jauh di pedalaman Ranau, menjadi tempat program ini dilaksanakan. Dengan jarak sejauh 73 kilometer dari pekan Ranau, perjalanan mengambil masa 3-4 jam menggunakan kenderaan 4×4. Alhamdulillah, ini merupakan kali pertama KDMRS Muslim menyertai dan menyumbangkan usaha di kampung ini. Kehadiran jemaah surau sangat menggalakkan, dan Surau Al Iqhwan memiliki peranan penting sebagai pusat ibadah dan kelas fardhu ain bagi masyarakat Islam sekitar, termasuk kampung-kampung berdekatan seperti Kg Betong, Namaus, dan Kiwakau.

Kg Karagasan memiliki satu buah sekolah, iaitu SK Karagasan Ranau, dan satu surau. Walaupun berada dalam kawasan yang agak terpencil, kehidupan masyarakat di sini aman dan harmoni. Kg Karagasan juga menjadi pintu gerbang untuk kampung-kampung seterusnya seperti Kg Tundangan, Kg Agan, dan Kg Gusi, yang merupakan kampung terakhir di daerah Ranau.

Bergembiralah kami dapat berkongsi pengalaman dan berinteraksi dengan penduduk setempat, serta menyaksikan rasa keamanan dan harmoni di kawasan ini. Kami berharap agar KDMRS Muslim dapat terus menyantuni masyarakat di pedalaman Ranau ini dan membawa manfaat kepada mereka. InsyaAllah.

Sedikit rakaman video daripada PEO Ranau sepanjang menjalankan aktiviti di Kg Karagasan Ranau:

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

22/08/2023 @ 12:00 AM to
23/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Surau Al Iqhwan Kg Karagasan Ranau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends