fbpx

𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠𝐮𝐞: 𝐖𝐞 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐞𝐬𝐮𝐬

KDMRS Muslim

𝐇𝐚𝐫𝐦𝐨𝐧𝐢𝐨𝐮𝐬 𝐃𝐢𝐚𝐥𝐨𝐠𝐮𝐞: 𝐖𝐞 𝐋𝐨𝐯𝐞 𝐉𝐞𝐬𝐮𝐬

41 41 people viewed this event.

Alhamdulillah, pada 06 Jun, program Harmonious Dialogue: We Love Jesus telah berlangsung di Pusat Islam, Universiti Malaysia Sabah. Dialog ini merupakan inisiatif untuk memupuk persefahaman antara komuniti Muslim dan Kristian, dengan menampilkan dua panelis terkenal, Dr. Shabir Ally, pengasas Let The Quran Speak, dan Rv. Father Thomas Yip, Paderi Gereja Katolik St. John, Tuaran. Program ini dimoderatorkan oleh Cik Rs Azira, Pegawai Eksekutif Penyelidik, KDMRS Muslim.

Tujuan utama program ini adalah untuk mewujudkan persefahaman dalam masyarakat yang berbilang kaum dan kepercayaan, serta mengelakkan salah faham dalam kehidupan masyarakat majmuk. Dialog ini berlangsung dengan penuh harmoni dan mesra, menjadi platform untuk para hadirin saling berkenalan dan memahami antara satu sama lain, sejalan dengan ajaran Al-Quran dalam Surah Al-Hujurat, “Wahai manusia! Sesungguhnya, Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.” (49:13)

YBhg. SS Datuk Ustaz Hj. Bungsu @ Aziz B. Hj. Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah, YBrs. Prof. Dr. Hj. Mohd. Dahlan Hj. A. Malek, Dekan, Fakulti Pengajian Islam (FIP), dan Tuan Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah, Pengerusi & Ketua Pegawai Eksekutif, KDMRS Muslim, turut hadir dalam majlis ilmu ini.

Di penghujung program, Rv. Father Thomas Yip menyatakan harapannya agar program seumpama ini dapat diadakan lagi pada masa akan datang. Semoga program seperti ini terus menjadi jambatan yang menghubungkan tali persahabatan dan membawa kepada masyarakat yang saling memahami, hidup dalam suasana harmoni. Insha Allah.

Video Live:

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

06/06/2023 @ 12:00 AM to
06/06/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Jalan UMS, 88400 Kota Kinabalu, Sabah , Malaysia
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends