fbpx

Kunjungan Ke Kg. Salaping dan Kg. Korongkom Kota Marudu

PSS & KRU, Ustazah Amimi, KDMRS Muslim

Kunjungan Ke Kg. Salaping dan Kg. Korongkom Kota Marudu

20 20 people viewed this event.

Alhamdulillah, Ustazah Amimi, Pegawai Eksekutif Outreach Kota Marudu, bersama-sama dengan ahli-ahli NGO Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu telah memberi bantuan kepada beberapa orang asnaf di Kg. Selaping dan Kg. Korongkom. Bantuan ini termasuk bakul makanan dan wang tunai.

Salah seorang wakil keluarga penerima bantuan ini memiliki anak yang diuji dengan penyakit jantung berlubang. Anak beliau sentiasa dalam pantauan, dan kita semua dijemput untuk bersama-sama mendoakan kesembuhan bagi anak tersebut. Semoga Allah memberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik buat adik tersebut. Allahumma amin.

Kami mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang ke KDMRS Muslim. Mari teruskan menyumbang, dan dengan izin Allah, kami akan menyampaikan bantuan tersebut. Ayuh, teruskan menyumbang. Insya Allah. Terima kasih atas kesudian orang ramai.

“Dan perumpamaan bagi orang yang mendermakan hartanya untuk mencari redha Allah dan untuk meneguhkan jiwa mereka, seperti sebuah kebun yang terletak di dataran tinggi yang disirami oleh hujan lebat, maka kebun itu menghasilkan dua kali ganda buah-buahan, jika hujan lebat tidak menyiramnya, maka embun (pun sudah memadai). Allah Maha Melihat apa yang kamu lakukan.”
(Surah Al-Baqarah, 265)

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

07/08/2023 @ 12:00 AM to
07/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Selaping dan Kg. Korongkom, Kota Marudu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends