fbpx

Bakul Makanan telah diagihkan kepada penduduk di kampung pedalaman Kudat

KDMRS Muslim

Bakul Makanan telah diagihkan kepada penduduk di kampung pedalaman Kudat

22 22 people viewed this event.

Petronella Usun, Ketua Jabatan Hubungan Strategik dan Pegawai Khas Pejabat Pengerusi KDMRS Muslim, turut serta dalam penyampaian sumbangan bakul makanan yang diberikan oleh Ketua Kampung, Tuan Livester dari Kg. Andab Bangau, Kudat, kepada 17 buah rumah penerima di Kg. Andab Bangau, tanpa mengira agama dan bangsa. Sumbangan ini adalah sebahagian daripada inisiatif khas Puan Petronella Usun yang dilaksanakan setiap kali beliau pulang atau melawat kampung sebagai usaha outreach untuk memperkenalkan keindahan Islam dan memberikan perhatian kepada penduduk kampung pedalaman yang memerlukan, tanpa mengambil kira perbezaan agama. Bagi sesiapa yang berkeinginan untuk menyampaikan hajat atau sumbangan kepada asnaf, sila hubungi beliau melalui pesanan langsung di Facebook, Nur Alya Humaira Usun. Semoga sumbangan yang diberikan dapat sedikit sebanyak meringankan beban penerima.

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

13/08/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Kg. Andab Bangau, Kudat
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends