fbpx

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

Ustazah Farihah Izzati, Hidayah Centre Foundation, KDMRS Muslim

𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐍𝐓𝐔𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐔𝐋𝐀𝐍𝐆 𝐊𝐄 𝐊𝐀𝐌𝐏𝐔𝐍𝐆 𝐇𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍

51 51 people viewed this event.

Ustazah Farihah, Pegawai Eksekutif Outreach Kota Kinabalu, menerima panggilan dari Ustazah Syuhada HCF Papar untuk menyertai usaha membantu saudara baru, Puan Noraini, dalam urusan kepulangan dari Johor ke tempat asalnya di Papar. Kedatangan Puan Noraini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada pukul 9.00 malam disambut oleh tim HCF Papar, yang juga merupakan ahli KDMRS Muslim kawasan Papar.

Setelah menikmati makan malam, mereka segera menuju ke Pejabat Operasi KDMRS Muslim Pusat untuk mengambil barang-barang infaq yang diberikan oleh orang awam kepada Puan Noraini, termasuk sebuah tilam single, bantal, selimut, cadar, pinggan, dan bakul makanan (sumbangan KBSK Anjung Hijrah APEN).

Tim ini sempat duduk bersama Puan Noraini, beramah-mesra, dan mendengarkan kisah peribadi hidupnya. Walaupun menghadapi liku-liku kehidupan, Puan Noraini tetap tabah dan positif, wajahnya dihiasi senyuman yang melambangkan kekuatan dan ketabahan wanita tersebut.

Kami mendoakan agar Puan Noraini terus tabah dan bahagia menghadapi segala ujian kehidupan. Semoga Allah memakbulkan segala doa dan harapannya. Terima kasih kepada semua pihak yang telah menyumbang dan memberikan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

02/08/2023 @ 12:00 AM to
02/08/2023 @ 11:30 PM
 

Lokasi

PEJABAT OPERASI KDMRS MUSLIM PUTATAN
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends