Salah seorang aktivis KDMRS Muslim menghadiri mesyuarat kali Ke-2 pelaksanaan membina komuniti wanita dari pelbagai latarbelakang bagi membantu, melindungi dan memperkasa wanita Kota Kinabalu dan kawasan sekitar yang bakal dilaksanakan secara berkala dan berterusan tanpa mengira agama dan etnik.
Inisiatif ini di bawah kelolaan Syukbah Wanita Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah yang diketuai oleh YBhg Datuk Dr. Suzain.
Turut bersama usaha ini adalah pakar-pakar Dr. Kaunseling dari UMS, Hospital Kerajaan dan Peguam Mahkamah Syariah Negeri Sabah yang akan beroperasi di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu sendiri.
KDMRS Muslim berusaha bersama di semua peringkat bagi memenuhi keperluan-keperluan masyarakat setempat.
Semoga kerjasama ini berterusan dalam meningkatkan syiar Islam.
#KDMRSMuslim