fbpx

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Semporna

KDMRS Muslim

𝐐𝐔𝐑𝐁𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐃𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍 𝐊𝐃𝐌𝐑𝐒 𝐌𝐔𝐒𝐋𝐈𝐌 𝟏𝟒𝟒𝟒𝐇 – Semporna

41 41 people viewed this event.

Dengan rahmat dan limpah kurnia Allah, program Qurban Pedalaman KDMRS Muslim di Masjid As-Salam, Semporna berlangsung dengan penuh khidmat dan keikhlasan. Program ini diberkati dengan kehadiran wakil KDMRS Muslim yang telah dilantik bersama-sama dengan kerjasama dan bantuan dari penduduk kawasan sekitar. Mereka dengan ikhlas menjalankan proses pemotongan dan pelapahan daging qurban.

Daging qurban yang diperoleh akan diagihkan dengan penuh kebaikan dan kasih sayang kepada masyarakat setempat yang memerlukan. Segala penghargaan dan terima kasih kami hulurkan kepada semua penyumbang yang telah memberikan kepercayaan kepada KDMRS Muslim untuk menyelenggarakan ibadah qurban ini. Semoga ibadah qurban yang dilaksanakan ini menjadi amalan yang membawa rahmat, keredhaan, dan menjadi jalan menuju syurga-Nya. Aaamin.

“Oleh itu kerjakanlah solat kerana Tuhanmu dan sembelihlah qurban (tanda kesyukuran).” (Al-Kauthar:2)”

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

29/06/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

asjid As-Salam, Semporna
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends