19 JULAI 2022 | SELASA | KOTA KINABALU
Alhamdulillah, KDMRS Muslim bahagian Kota Kinabalu menjalankan amanah yang diberikan oleh Pusat Zakat Sabah untuk mengedarkan sebanyak 10 buah bakul makanan kepada golongan yang memerlukan mengikut syarak (asnaf).
Saudari Farihah Izzati, Pegawai Outreach KDMRS Muslim bahagian Kota Kinabalu setakat hari ini telah mengagihkan tiga buah bakul makanan kepada tiga buah keluarga yang juga terdiri dalam kalangan saudara baru.
Agihan akan diteruskan pada hari yang berikutnya. In sya Allah.
Terima kasih kepada para pembayar zakat dan Pusat Zakat Sabah, Wisma Muis.