03 JUN 2022 & 05 JUN 2022 | AHAD | KOTA KINABALU
Pada Jumaat lalu (03 Jun 2022), team KDMRS Muslim yang dianggotai oleh Puan Alya Humaira, Encik Irfan Abdullah, En. Mohd Zulfiqar Jamudin dan Cik Farihah Izzati telah mengunjungi rumah Puan Yati di Tanjung Aru. Beliau merupakan seorang mualaf. Team KDMRS Muslim menziarahi suami Puan Yati yang menghidap strok. Alhamdulillah, keadaan beliau semakin baik dan masih perlukan rawatan yang berterusan agar boleh sembuh dan berjalan seperti sediakala. Terdapat lima rawatan yang masih dijalankan antaranya rawatan rehabilitasi, fisioterapi, rawatan jantung, tangan dan kaki.
Ziarah diteruskan lagi pada hari ini (Ahad) oleh Puan Alya Humaira dan Cik Farihah Izzati bagi mendapatkan beberapa maklumat dan butiran berkaitan permohonan bantuan perubatan dari zakat.
Semoga Encik S terus diberikan kekuatan untuk pulih dari penyakitnya.