Dengan tulus ikhlas, Pegawai Eksekutif Outreach KDMRS Muslim Kota Marudu, Ustaz Salleh Jatil, bersama Pegawai Dana, Ustaz Abdul Rahim, dan Pegawai Teknikal, Encik Hatimuddin, telah melakukan lawatan ke rumah asnaf di Kg. Ranau, iaitu Encik Jasri Osmandin. Rumah beliau telah roboh, usang, dan tidak layak dihuni. Setelah menerima aduan pada tahun 2021, Ustaz Salleh Jatil dan Ketua USIA Bahagian Kota Marudu telah melawat dan memberikan sedikit sumbangan bakul makanan. Ustaz Salleh, selaku Pegawai KDMRS Muslim kawasan Kota Marudu, telah mengajukan permohonan kepada CEO, dan akhirnya, dengan pemantauan dari pasukan teknikal, bajet telah diluluskan. Pembinaan rumah baru bermula pada tahun 2023 dan kini telah siap sepenuhnya, membolehkan asnaf tersebut tinggal di rumah yang baru.
Semoga Allah SWT membalas dengan setinggi-tinggi ganjaran kepada para penyumbang yang ikhlas, dan semoga keluarga asnaf tersebut diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan dengan lebih baik.
Terima kasih atas sumbangan dan sokongan. Semoga Allah SWT membalas dengan sebaik-baik ganjaran.