Sebahagian pasukan Pegawai Penggerak KDMRS Muslim telah mengadakan Kunjungan Hormat kepada YBhg Datuk Ustaz Malai Ali bin Malai Ahmad, Timbalan Yang di-Pertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Negeri Sabah di Bilik Mesyuarat Utama, MUIS.
Intipati pertemuan ini fokus kepada perbincangan program Persidangan peringkat negeri Sabah yang bakal diadakan pada bulan November 2024.
Semoga pertemuan ini diberkati Allah SWT dan dipermudahkan segala urusan yang telah dirancang.
#KDMRSMuslim