fbpx

PROGRAM KHATAN PERDANA KAMPUNG MATUPANG

Ustaz Marwan Jamisin

PROGRAM KHATAN PERDANA KAMPUNG MATUPANG

7 7 people viewed this event.

Alhamdulillah, Program Khatan Perdana telah dilaksanakan di masjid Nurul Iman Kg Matupang Ranau yang ditaja sepenuhnya oleh Pusat Zakat Sabah.

Program ini merupakan usaha daripada Jawatankuasa Masjid Nurul Iman dengan kerjasama Ranau Care, Yadim Ranau dan KDMRS Muslim Ranau. Alhamdulillah, Seramai 40 orang anak-anak asnaf telah dikhatankan. Peserta yang hadir merupakan penduduk sekitar Matupang, Paginatan, Sagindai dan Nalapak.

Turut hadir dan merasmikan program ini YBHG Datuk Ustaz Malai Ali Bin Malai Ahmad, Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS).
Alhamdulillah, puji dan syukur kepada Allah SWT, pada program ini juga, kita menerima seorang lagi saudara baru. YBHG Datuk Ustaz Malai Ali Bin Malai Ahmad telah memimpin Saudara Ben Syukri mengucap dua kalimah syahadah. InsyaAllah, KDMRS Muslim Ranau seterusnya akan membantu saudara Ben Syukri mengurus urusan pegislaman di Jheains Ranau.

Terima kasih kerana menyokong KDMRS Muslim.

#KDMRSMuslim

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

17/02/2024 @ 12:00 AM to
17/02/2024 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kampung Matupang, Ranau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends