fbpx

𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏.𝟎 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔

PSS & KRU, JAKIM, JHEAINS, Hidayah Centre Foundation, Ustazah Amimi

𝐃𝐀𝐔𝐑𝐀𝐇 𝐅𝐈𝐐𝐇 𝐃𝐀𝐑𝐀𝐇 𝐖𝐀𝐍𝐈𝐓𝐀 𝐒𝐈𝐑𝐈 𝟏.𝟎 𝐃𝐀𝐄𝐑𝐀𝐇 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐌𝐀𝐑𝐔𝐃𝐔

16 16 people viewed this event.

Buat julung kalinya, Daurah Fiqh Darah Wanita Siri 1.0 di daerah Kota Marudu telah berjaya dilaksanakan dengan kerjasama beberapa jabatan dan badan-badan bukan kerajaan, seperti JHEAINS Kota Marudu, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM Kota Marudu, Persatuan Siswazah Sabah, dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu, serta Hidayah Centre Foundation Sabah di daerah Kota Marudu.

Seramai 41 orang peserta dan AJK program turut hadir dalam daurah ini, dan dengan gembiranya, beberapa peserta merupakan saudara-saudara baru. Harapannya, dengan adanya daurah ini, sedikit sebanyak ilmu berkaitan darah-darah wanita dapat dikongsikan dan disebarkan.

Terima kasih tidak terhingga juga diucapkan kepada jemputan penceramah Ustazah Analyn, wakil JHEAINS Kota Marudu, JAKIM Kota Marudu, Persatuan Siswazah Sabah dan Kelab Remaja Ukhuwwah Kota Marudu, serta Hidayah Centre Foundation Sabah di daerah Kota Marudu atas kerjasama dan sokongan yang diberikan. Semoga jalinan kerjasama ini berterusan dan membawa hasil yang berpanjangan.

Anticipate the upcoming 𝐃𝐚𝐮𝐫𝐚𝐡 𝐅𝐢𝐪𝐡 𝐃𝐚𝐫𝐚𝐡 𝐖𝐚𝐧𝐢𝐭𝐚 𝐒𝐢𝐫𝐢 𝟐.𝟎 di Kota Marudu. Insya Allah.

 

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

22/07/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Dewan Mini Masjid At-Taqwa, Kota Marudu
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends