Alhamdulillah, dengan rasa syukur, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di bawah bimbingan Pegawai Eksekutif Outreach Kota Marudu, Ustazah Amimi, telah beroperasi dengan berjaya di Surau Al-Falah, Kg Linukaan, Kota Marudu.
Kelas Harmoni Mualaf di surau ini akan dijalankan setiap hari Selasa, bermula pukul 09.30 pagi sehingga pukul 12.00 tengah hari. Kelas ini akan menyediakan pengisian sesi pembelajaran Iqra dan Al-Quran, serta bimbingan ilmu asas Fardhu Ain.
Sementara itu, Kelas Harmoni Mualaf di pejabat KDMRS Muslim Kota Marudu dan Perumahan Saudara Baru Kg. Longob juga masih berterusan. KDMRS Muslim Kota Marudu dengan ini membuka peluang kepada para mualaf dan masyarakat setempat yang berminat untuk mencari bimbingan dalam mengaji Iqra dan meningkatkan amalan ibadah untuk menyertai Kelas Harmoni Mualaf ini.