Alhamdulillah, dengan limpah kurnia Allah SWT, kelas Harmoni Mualaf (KHM) terus berjalan dengan baik di rumah kediaman Encik Ahidin di Layo-Layo, Kg. Bahab. Kehadiran para pelajar terus bertambah setiap minggu, dan ini merupakan tanda syukur yang besar. Namun, cabaran yang dihadapi termasuk keterbatasan ruang dan tempat yang sangat terhad membuat Pengurus Outreach Daerah Ranau, Ustazah Masni, terpaksa membuat pengiliran jadual supaya semua pelajar mendapat peluang belajar.
Walaupun kelas menghadapi keterbatasan, namun semangat untuk terus belajar dan kehadiran para pelajar adalah luar biasa. Pengurus Outreach Daerah Ranau bersama-sama Ustazah Masni berharap agar para pelajar KHM dapat mengekalkan kehadiran setiap minggu dan terus istiqomah dalam usaha mereka untuk memahami dan mengamalkan ajaran Islam. Semoga Allah SWT memberkati usaha mereka dan memberikan kelapangan serta kemudahan untuk kelancaran aktiviti pembelajaran ini.