fbpx

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅

Ustazah Farihah Izzati

𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐌𝐀𝐔𝐋𝐈𝐃𝐔𝐑 𝐑𝐀𝐒𝐔𝐋 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐌𝐎𝐍𝐈 𝐌𝐔𝐀𝐋𝐀𝐅

15 15 people viewed this event.

Sempena Maulid Nabi yang mulia ini, para pelajar Kelas Harmoni Mualaf (KHM) yang berpusat di Pusat Pengajian Islam Al-Buruj AMAL, Kg. Kiapad Inanam, telah menganjurkan Sambutan Maulidur Rasul untuk kali pertama di lokasi tersebut. Program ini diberi penajaan dan sokongan oleh KDMRS Muslim selaku penggerak KHM, serta persatuan IMARAH.

Sejumlah 40 peserta termasuk pelajar KHM dan penduduk kampung telah memeriahkan acara sambutan Maulidur Rasul ini. Program bermula pada 27 September 2023 (Rabu) dengan beberapa acara pertandingan, antaranya pertandingan hafazan untuk kanak-kanak dan dewasa, pertandingan bercerita kisah Nabi, dan pertandingan azan untuk kategori dewasa dan kanak-kanak. Turut hadir pada malam tersebut adalah pengerusi dan timbalan pengerusi Komuniti Islam Kg. Kiapad, serta seorang juri jemputan luar, Cikgu Mohd. Affendi.

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

27/09/2023 @ 12:00 AM to
@ 11:30 PM
 

Lokasi

Pusat Pengajian Islam Al-Buruj AMAL, Kg. Kiapad Inanam
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends