fbpx

Jelajah Dakwah Ranau

KDMRS Muslim

Jelajah Dakwah Ranau

11 11 people viewed this event.

16-18 Ogos | Ranau

Syukur kepada yang maha Esa, dengan izinNya satu Program Dakwah telah berjalan dengan jayanya. Pada kali ini, BD Ranau bersetuju untuk memilih Kg Agan dan kg Gusi Ranau sebagai destinasi.

Kg Agan & Gusi merupakan kampung yang terletak jauh di kawasan pedalaman Ranau. Anggaran jarak perjalan daripada pekan Ranau ialah 80 kilometer dan mengambil masa kira-kira 6-7 jam perjalanan darat dan sungai.

Syukur alhamdulillah, banyak pengisian telah dijalankan semasa keberadaan team di sana. Antaranya Santunan saudara baru, ziarah asnaf, sukan, sukaneka kanak-kanak dan sesi perkongsian ilmu. Disamping itu, tujuan kampung Agan menjadi destinasi pilihan program adalah disebabkan hasrat dan keperluan untuk membina surau di kampung ini.

Anggaran keluasan Kg Agan ialah 2000 ekar, terdapat 40 buah rumah namun berjauhan. Kira-kira 80% penduduk adalah beragama Islam. Alhamdulillah, Team juga sempat meninjau tempat untuk pembinaan surau. Mohon doakan semoga proses seterusnya sentiasa dipermudahkan dan diberikan jalan yang lapang oleh Allah SWT.

Bagi yang ingin bertanya lebih lanjut berkaitan Kg Agan & usaha yang sedang kita lakukan ini, boleh berhubung terus dengan Pegawai Outreach Ranau Ustaz Muhd Marwan – 0128149575

#KDMRSMuslim

To register for this event please visit the following URL:

 

Tarikh dan Masa

16/08/2024 @ 12:00 AM to
18/08/2024 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Online Event
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends