fbpx

ZIARAH ASNAF SAUDARA BARU

Ustazah Masni Yusin

ZIARAH ASNAF SAUDARA BARU

28 28 people viewed this event.

Alhamdulillah, ziarah saudara baru telah dijalankan bertempat di Kg Lungkidau Ranau bersama gabungan dakwah Ranau.

Akibat banjir besar baru-baru ini, jambatan kereta dan jambatan gantung yang menghubungkan kampung ini kejalan raya utama telah rosak teruk dan telah dikategorikan sebagai laluan tidak selamat oleh pihak yang bertanggungjawab, maka untuk sampai di kampung ini, khidmat bot diguna pakai. Syukur alhamdulillah, perjalan menuju ke kampung Lungkidau dipermudahkan. Terima kasih kepada orang kampung yang sudi menumpangkan kereta pacuan empat roda menuju ke kawasan perumahan.

Alhamdulillah, pada ziarah ini sumbangan telah disampaikan melalui KDMRS muslim kepada dua orang asnaf mualaf. Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak membantu meringankan beban.

Selain itu, perbincangan dan rancangan untuk surau telah dijalankan dengan baik. Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Ketua Kampung Lungkidau, pengerusi JKK dan PPMD Ranau Ustaz Mohd Farid Soinin. Moga apa yang telah dirancang dan diputuskan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya.

Teruskan menyokong usaha KDMRS Muslim

 

To register for this event email your details to dakwah@kdmrsmuslim.com

Register using webmail: Gmail / AOL / Yahoo / Outlook

 

Tarikh dan Masa

24/01/2024 @ 12:00 AM to
24/01/2024 @ 11:30 PM
 

Lokasi

Kampung Lungkidau, Ranau
 

Jenis Aktiviti

 

Cawangan

Share With Friends