Alhamdulillah, Kelas Harmoni Mualaf (KHM) di Pejabat KDMRS Muslim Kota Marudu sedang berjalan dengan baik. Pegawai Eksekutif Outreach KDMRS Muslim Kota Marudu, Ustaz Salleh Jatil, bertanggungjawab sebagai pembimbing untuk kelas ini.
Semoga semangat belajar pelajar-pelajar dalam Kelas Harmoni Mualaf ini terus berkekalan. Mohon doa restu dari semua pihak agar mereka dapat terus meningkatkan pemahaman dan amalan dalam agama Islam. Semoga kelas ini menjadi platform yang membawa manfaat dan keberkatan kepada semua yang terlibat. Amin.